Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Isnin, 18 November 2013

Cara Memasukkan Komet dan Asteroid ke Stellarium

Assalamualaikum & hai... Stellarium adalah satu perisian planetarium astronomi yang percuma dan menarik. Antara-muka  nya adalah sangat cantik dan mimik kepada keadaan langit dan bumi yang realistik. Stellarium adalah satu perisian yang berguna untuk memahami langit. Bagi sesiapa yang belum mencubanya boleh muat turun di www.stellarium.org Kali ini saya ingin berkongsi cara memasukkan data komet atau asteroid ke dalam Stellarium. Disebabkan komet dan asteroid boleh muncul dan ditemui...

Komet Paling Terang Dekad Ini! ISON

Assalamualaikum dan hai... Bulan November sedang berada dipertengahannya. Bulan ini mempunyai keistimewaannya yang agak banyak berbanding bulan2 yang lain dari segi astronomi. Salah satunya ialah kerana komet ISON sedang menjadi semakin terang dan akan terus menerang hingga ke bulan Disember 2013. Komet ISON yang sangat2 dinantikan ini pada bulan Oktober yang lalu telah menjadi objek cerapan teleskop kecil. Kemudian pada awal bulan November ianya menjadi objek yang boleh dicerap menggunakan...

Khamis, 12 September 2013

Katak dilancarkan ke bulan :D

Assalamualaikum & hai... Satu berita menyedihkan bagi penggemar katak. Credit NASA/Wallops/Mid-Atlantic Regional Spaceport Pada 6 September 2013 yang lepas, kapal angkasa LADEE milik NASA telah dilancarkan dari Wallops Island Flight Facility di Virginia, USA dalam misinya ke bulan. Namun didapati bukan sahaja kapal angkasa LADEE yang dilancarkan, tetapi juga seekor katak turut mengalami nasib yang sama apabila secara tidak sengaja berada di tapak perlancaran pada ketika itu....

Rabu, 11 September 2013

Komet Baru Lovejoy Ditemui

Assalamualaikum & hai... Komet ISON yang dikatakan bakal menjadi komet paling terang abad ini kini ditemani oleh komet baru yang diberi nama sebagai komet C/2013 R1 (Lovejoy). Komet C/2013 R1 Lovejoy ini ditemui pada 9 September yang lepas. Penemuan ini dibuat oleh En. Terry Lovejoy dari Australia menggunakan teleskop pembalikan jenis Schmidt-Cassegrain bersaiz 8 inci. Penemuan ini merupakan komet ke-4 oleh beliau. Gambarajah menunjukkan komet Lovejoy sebelum ini yang kelihatan pada...

Isnin, 12 Ogos 2013

Kemuncak hujan meteor Perseid 12/13 Ogos 2013

Assalamualaikum dan hai.... Pernahkah anda melihat tahi bintang melintas di dada langit secara live di depan mata anda? Mungkin pernah sekali dua. Namun tahukah anda bahawa pada malam ini anda berpeluang melihat sehingga 100 tahi bintang dalam masa satu jam dengan hanya menggunakan mata kasar sahaja? Ini bukan gurauan. Pada malam ini (malam 12/13 Ogos 2013) akan berlaku kemuncak peristiwa hujan meteor Perseid. Ia diberi nama Perseid kerana tahi bintang ini kelihatan keluar dari buruj Perseus. Apa yang bakal saya lihat? Apa yang bakal anda lihat ialah jaluran cahaya memanjang di langit selama beberapa...

Ahad, 4 Ogos 2013

Mencari objek langit lebih mudah dengan Google Sky Map

Assalamualaikum & hai... Pasti anda tertanya2 bagaimana ahli astronomi amatur dapat mengetahui apakah objek yang ada di langit itu adalah sebuah planet, nebula, atau galaksi? Adakah memerlukan kiraan matematik yang kompleks atau mengira hukum fizik yang memeningkan kepala? Sekarang tidak lagi. Ada trik untuk memudahkan anda.   Jawapannya ialah applikasi Sky Map daripada Google untuk dipasang ke dalam telefon bimbit anda. Aplikasi ini adalah bersaiz kecil sekitar 2.2mb...

Pertembungan Galaksi di buruj Ursa Major

Assalamualaikum & hai Hari ini 4 Ogos, Astronomy Picture of the Day (APOD) memaparkan gambar yang menarik mengenai galaksi yang berada di buruj si beruang besar Ursa Major. Di dalam gambar ini terdapat beberapa galaksi di tengah, di atas dan kanan gambar. Image Credit & Copyright: Martin Pugh (Heaven's Mirror Observatory) Galaksi di tengah gambar ini ialah NGC 3718, galaksi spiral yang mempunyai lengan yang kelihatan terbelit dan memanjang. Ianya penuh dengan bintang biru yang bermaksud...

Astromas kini di Google Play Store

Assalamualaikum & hai... Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada hari ini aplikasi Android sudah berjaya di terbitkan di Google Play Store. Menariknya mengenai app ini ialah saya boleh menghantar notifikasi berupa artikel terus ke handset yang memasang app ini. Jadi tiada orang akan ketinggalan apabila ada peristiwa yang menarik berlaku, yang mungkin akan terjadi sekali dalam seumur hidup. Aplikasi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah artikel...

Isnin, 29 Julai 2013

Kemuncak peristiwa hujan meteor Delta Aquarids pada malam ini!

Assalamualaikum dan hai.... Malam ini pada pagi 30 Julai 2013 akan berlaku peristiwa kemuncak hujan tahi bintang. Delta Aquarids. Dijangkakan anda boleh melihat sehingga 10 tahi bintang dalam masa satu jam menggunakan mata kasar. Jika cuaca baik, kemungkinan anda boleh melihat sehinga 50 tahi bintang dalam masa 5 6 jam melakukan pemerhatian.  Cara untuk melihat tahi bintang ini mudah sahaja.. bermula pada sekitar jam 12 tengah malam ini (30Julai), anda boleh berbaring di lantai dengan beralaskan...

Rabu, 10 Julai 2013

Bulan Puasa dan Astronomi

Dipetik dari Rencana dari Kosmo! Hakcipta terpelihara   PADA 8 Julai lalu, umat Islam telah meneropong ke langit untuk melihat anak bulan awal bagi menandakan tarikh 1 Ramadan. Jika dahulu ibu bapa ataupun nenek kita kerap menceritakan setiap kali pengumuman puasa atau raya dibuat pasti terdapat perbezaan tarikh berbanding yang tercatat pada kalendar. Mohd. Hairul Nadhwa Rusman, 28, masih mengingati saat-saat menanti tarikh pertama bulan puasa ketika dia bersekolah dalam darjah dua iaitu...

Isnin, 8 Julai 2013

Dua bulan baru Pluto diberi nama

Assalamualaikum... Apa khabar anda semua? Saya harap anda sihat2 sahaja.  Sebelum saya bermula, ingin diingatkan bahawa Pluto bukan lagi sebuah planet. Ianya tergolong dalam kategori baru yang dipanggil sebagai planet kerdil bersama sama dengan asteroid Ceres, Eris, Hamuea, & Makemake . Hari ini, Astronomy Picture of The Day berkongsi gambarajah bulan baru planet kerdil Pluto. Sebelum ini Pluto sudah mempunyai tiga bulan iaitu Hydra, Nix dan Charon. Namun hasil penelitian baru...

Selasa, 2 Julai 2013

Roket Russia Meletup di Baikonur Cosmodrome

Assalamualaikum & hai.. Pada hari ini, sebuah roket Proton milik Russia telah meletup sejurus sahaja ianya dilancarkan di tapak pelancaran. Roket ini sedang membawa alat sistem navigasi dan penentuan sejagat GLONASS. Setakat ini masih tidak diketahui berapa ramai yang tercedera. Selepas dilancarkan, sistem telah mengesan terdapat masalah lalu menutup salah satu dari sistem bahan api. Namun roket tersebut terus bergerak naik dan jatuh berhampiran tempat pelancaran. ...

Selasa, 25 Jun 2013

Bulan lebih besar dari biasa - Super MOON!

Assalamualaim & hai.. Bulan baru sahaja melepasi keadaan yang dipanggil sebagai Super Moon pada 23 Jun yang lepas. Istilah yang direka ini sebenarnya merujuk kepada bulan sedang berada di orbitnya pada kedudukan paling dekat dengan bumi. Istilah perigee digunakan ketika ianya paling dekat dan istilah apogee digunakan apabila bulan berada paling jauh di orbitnya. Perhatikan bulan kelihatan lebih besar dari biasa. Kredit imej : Balai Cerap Negara Langkawi Apa yang terjadi ketika bulan...

Astromas.org ke Android App!

Assalamualaikum & hai Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana pada hari ini saya ingin mengumumkan bahawa dalam masa terdekat ini anda akan disajikan dengan aplikasi dalam telefon untuk pengguna Android. Aplikasi yang saya namakan sebagai Astromas ini akan boleh anda muat turun dari Google Play Store tak lama lagi. Disebabkan kemudahan telefon pintar semakin meluas, maka timbul idea saya untuk memanfaatkan teknologi yang ada ini supaya penyampaian ilmu astronomi boleh dipelbagaikan selaras...

Khamis, 6 Jun 2013

Konvensyen Falak Selangor & aktiviti cerapan umum pada 15 Jun 2013

Assalamualaikum & hai... Jom sesiapa yang berkesempatan dijemput untuk menghadiri Konvensyen Falak Selangor yang akan berlangsung pada 15 Jun 2013 ini. Antara pengisian program ialah syarahan falak, bertempat di Auditorium SIRIM di Seksyen 2 Shah Alam, aktiviti perlancaran autoroket pada jam 2 petang & aktiviti cerapan umum pada jam 8 malam bertempat di Padang Kemerdekaan Shah Alam. Salam hormat nuffnang_bid = "d83c7814cde6bec1f038732fa5de21c2"; document.write( " " ); (function()...

Rabu, 13 Februari 2013

Asteroid bakal mendekati planet bumi pada 15 Februari ini

Assalamualaikum & hai.. Nampaknya pada 15 Februari ini planet Bumi akan dikunjungi oleh satu asteroid yang bersaiz separuh padang bola sepak. Asteroid yang anggaran saiznya itu lebih kurang 45 meter akan terbang melintasi planet bumi pada jarak paling dekat 27,700 kilometer dari permukaan bumi.  Pada jarak ini yang jauh lebih dekat dari jarak bulan-bumi ini, asteroid ini tidak berkemungkinan untuk melanggar satelit dan Internatiotal Space Station memandangankan ISS hanya mengorbit...

Rabu, 6 Februari 2013

OKULTASI BINTANG ETA SCUTI OLEH ASTEROID DAPHNE

Tahun 2013 menjanjikan pelbagai peristiwa astronomi yang sangat istimewa untuk pencinta langit di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Jika lazimnya kita dihidangkan dengan berita-berita umum seperti kejadian gerhana, konjunksi dan hujan meteor, tahun ini kita disajikan dengan perkara-perkara baru seperti kenampakan komet dan asteroid yang menjadi peristiwa dominan sepanjang 2013. Melalui emel daripada Mr. Albert Lim (The Astronomical Society of Singapore, TASOS) yang saya terima melalui pensyarah...

Page 1 of 4612345Next